Quran Tab in Word / Quran in Word

Quran in Word, merupakan sebuah perisian atau add-in untuk Microsoft Office Word yang berguna untuk memilih dan memasukkan ayat-ayat Al-Quran serta terjemahannya ke dalam tugasan word kita...

Keyboard Jawi

"Nak Mudah Taip Jawi...? Guna Nie..."

Ikhlas

Definisi dari sifat ikhlas merupakan suatu sifat yang rela berkorban demi siapa pun dan apa pun sebagai bukti rasa syukur kepada Allah swt...

Kursus i-Think Secara Offline 2017

Berikut admin kongsikan berkenaan pelaksanaan Kursus i-Think Secara Luar Talian (Offline) 2017...

Friday, 24 November 2017

Kursus i-Think Secara Offline 2017

Assalamualaikum wrt. wbt.

Berikut admin kongsikan berkenaan pelaksanaan Kursus i-Think Secara Luar Talian (Offline) 2017. Admin turut kongsikan pautan rasmi serta alternatif bagi rakan-rakan yang tidak dapat mengakses laman rasmi i-Think kerana capaian server yang agak perlahan.

Sebenarnya, satu surat siaran bagi pelaksanaan Kursus i-Think Secara Luar Talian telah diedarkan kepada semua JPN pada 31 Oktober 2017 yang lalu.

Sehubungan itu, rakan-rakan boleh memuat turun aplikasi KiLT dalam versi Windows, Android dan MacOS berserta manual pengguna di halaman utama i-THINK (rasmi) ini. Manakala link alternatif bagi Modul Guru, admin kongsikan melalui Google Drive, iaitu: 


Aplikasi KiLT ini disediakan bagi memudahkan guru dan pentadbir yang menghadapi masalah mengakses Kursus i-THINK Dalam Talian (KiDT) dan mengurangkan kebergantungan kepada talian internet.
Keseluruhan kandungan modul i-THINK boleh dilancarkan terus dalam komputer peribadi, komputer riba atau telefon pintar mengikut versi yang disediakan setelah dimuat turun. Fail yang dimuat turun boleh disebarkan kepada rakan-rakan lain.

Akses internet hanya digunakan untuk daftar masuk (log-in), penghantaran data status kemajuan, pautan beberapa video dan pengaktifan voucher tamat kursus dalam ujian akhir. Jangkaan masa bagi menamatkan KILT adalah 2 hingga 4 minggu (2 - 3 jam sehari).

Rakan-rakan diingatkan untuk memasukkan alamat e-mel yang betul dalam profail di dalam akaun masing-masing bagi membolehkan sistem menghantar voucher tamat kursus.

Selamat Berkursus, semoga berjaya menamatkannya dan mendapat voucher.

Tarikh tamat KURSUS i-Think: 31 Disember 2017

Tuesday, 8 August 2017

Ikhlas

Ikhlas merupakan suatu sifat yang sangatlah mulia. Definisi dari sifat ikhlas merupakan suatu sifat yang rela berkorban demi siapa pun dan apa pun sebagai bukti rasa syukur kepada Allah swt. Sifat Ikhlas sendiri adalah sifat Rasulullah saw, oleh karena itu, sudah seharunya kita meneladani sekaligus mengaplikasikan sifat ikhlas kita demi terjalinnya suatu hubungan harmonis antar sesama umat Islam.
Ada suatu cerita pada zaman dahulu kala bahwa, pada suatu hari ada seseorang yang telah berada di akhirat dan dia masuk ke dalam neraka. Padahal dia pada masa hidupnya adalah orang yang taat beribadah kepada Allah swt.
Lalu dia bertanya kepada Allah swt “Wahai Dzat Yang Maha Agung, mengapa aku masuk ke dalam api neraka ini?”
Allah swt menjawab “Itu karena sifatmu sendiri”
“Sifat apa Ya Allah?”
“Engkau tidak ikhlas”
“Tetapi hamba adalah taat beribadah kepada-Mu ya Allah, hamba sering memberi kepada orang-orang miskin dan hamba sahaya. Masihkah Engkau merelakan aku disini?”
“Tidak ada gunanya ibadahmu kepadaku. Karena kamu tidak ikhlas”
Imam Ibnul Qayyim menjelaskan arti ikhlas yaitu mengesakan Allah di dalam tujuan atau keinginan ketika melakukan ketaatan, beliau juga menjelaskan bahwa makna ikhlas adalah memurnikan amalan dari segala yang mengotorinya. Ada beberapa hal yang akan merusak keikhlasan seseorang, yaitu :
1. Riya. Riya adalah seseorang yang menampakan amalan dengan tujuan orang lain melihatnya dan memujinya.
2. Sum’ah. Sum’ah adalah seseorang yang telah beramal dengan tujuan agar orang lain mendengar amalanya lalu memujinya.
3. Ujub. Ujub adalah seseorang yang bangga diri dengan amal-amalannya.
Jadi kalau kita berbuat apa-apa harus ikhlas, dan usahakan hindari ketiga perilaku yang dapat merusak keikhlasan diatas. Semoga bermanfaat