Assalamualaikum wrt. wbt.

Sebenarnya, satu surat siaran bagi pelaksanaan Kursus i-Think Secara Luar Talian
telah diedarkan kepada semua JPN pada 31 Oktober 2017 yang lalu.
Sehubungan itu, rakan-rakan boleh memuat turun aplikasi KiLT dalam versi Windows, Android dan MacOS berserta manual pengguna di halaman utama i-THINK (rasmi) ini. Manakala link alternatif bagi Modul Guru, admin kongsikan melalui Google Drive, iaitu:
Aplikasi KiLT ini disediakan bagi memudahkan guru dan pentadbir yang
menghadapi masalah mengakses Kursus i-THINK Dalam Talian (KiDT) dan
mengurangkan kebergantungan kepada talian internet.
Keseluruhan kandungan modul i-THINK boleh dilancarkan terus dalam
komputer peribadi, komputer riba atau telefon pintar mengikut versi yang
disediakan setelah dimuat turun. Fail yang dimuat turun boleh
disebarkan kepada rakan-rakan lain.
Akses internet hanya digunakan untuk daftar masuk (log-in), penghantaran data status kemajuan, pautan beberapa video dan pengaktifan voucher tamat kursus dalam ujian akhir. Jangkaan masa bagi menamatkan KILT adalah 2 hingga 4 minggu (2 - 3 jam sehari).
Rakan-rakan diingatkan untuk memasukkan alamat e-mel yang betul dalam profail di dalam akaun masing-masing bagi membolehkan sistem menghantar voucher tamat kursus.
Selamat Berkursus, semoga berjaya menamatkannya dan mendapat voucher.
Tarikh tamat KURSUS i-Think: 31 Disember 2017

0 comments:
Post a Comment