Assalamualaikum wrt wbt
Quran in Word, merupakan sebuah perisian atau add-in untuk Microsoft Office Word yang berguna untuk memilih dan memasukkan ayat-ayat Al-Quran serta terjemahannya ke dalam tugasan word kita. Bukan itu sahaja, malah Quran in Word dapat menjimatkan masa kita dalam memilih ayat serta surah dalam Al-Quran (terutama bagi mereka yang belum biasa menaip huruf Arab di komputer).
Posting kali ini, admin akan kongsikan satu lagi versi yang seakan sama dengan fungsi Quran in Word, iaitu 'Quran Tab in Microsoft Word'. Add-in ini sangat serasi dengan semua versi Microsoft Office Word termasuk Office Word 2019 dan Office 365.
'Quran Tab in Microsoft Word' diperkenalkan dalam versi 32 bit dan 64 bit. Jadi, rakan-rakan yang ingin mendapatkannya mestilah memastikan Microsoft Office Word yang dipasang pada komputer/notebook adalah versi 32 bit atau 64 bit. Bagi pelawat yang ingin mendapatkan add-in Quran in Word ini, boleh memuat turunnya dari laman web pembangun yang asal, iaitu di laman: https://quranword.net. Direct link turut disertakan di bawah;
1. Quran Tab in Microsoft Word - Versi 32bit
2. Quran Tab in Microsoft Word - Versi 64bit
Kredit:
quranword.net
0 comments:
Post a Comment