Tuesday, 13 February 2018

Nak Mudah Tulis Jawi...Guna Nie


"Nak mudah taip jawi dalam laptop atau komputer...?
Guna nie..." 

Assalamualaikum wrt. wbt.

Perisian Keyboard  Jawi keluaran UKM ini mampu memudahkan kerja-kerja para asatizah dalam menaip tulisan jawi. Kebiasaannya kita menggunakan pilihan huruf Arabic untuk menaip tulisan jawi, namun masih terdapat keterbatasan apabila huruf-huruf tambahan jawi seperti huruf Pa, Nya, Ca, Ga, dan Va tidak diperolehi. Untuk itu, perisian ini dapat membantu. Rakan-rakan hanya perlu memilih Arabic-Jawi yang tertera pada regional and language, kemudian menekan butang Shift untuk menampilkan pilihan huruf-huruf jawi pada keyboard (On-Screen Keyboard).


Selain itu, admin turut sertakan beberapa font jawi tambahan bagi memperbanyakkan lagi pilihan kepada kita dalam menaip tulisan jawi. Admin sarankan rakan-rakan menggunakan font Jawi UthmanTaha, kerana font ini mendukung kebolehan meletakkan hamzah pada kedudukan 3/4 secara automatik. Semoga perkongsian ringkas ini dapat memberikan manfaat kepada kita bersama.

Klik Di Sini untuk muat turun perisian Keyboard Jawi + Font Jawi Uthman Taha

0 comments:

Post a Comment