Quran Tab in Word / Quran in Word

Quran in Word, merupakan sebuah perisian atau add-in untuk Microsoft Office Word yang berguna untuk memilih dan memasukkan ayat-ayat Al-Quran serta terjemahannya ke dalam tugasan word kita...

Keyboard Jawi

"Nak Mudah Taip Jawi...? Guna Nie..."

Ikhlas

Definisi dari sifat ikhlas merupakan suatu sifat yang rela berkorban demi siapa pun dan apa pun sebagai bukti rasa syukur kepada Allah swt...

Kursus i-Think Secara Offline 2017

Berikut admin kongsikan berkenaan pelaksanaan Kursus i-Think Secara Luar Talian (Offline) 2017...

Friday, 24 November 2017

Kursus i-Think Secara Offline 2017

Assalamualaikum wrt. wbt.

Berikut admin kongsikan berkenaan pelaksanaan Kursus i-Think Secara Luar Talian (Offline) 2017. Admin turut kongsikan pautan rasmi serta alternatif bagi rakan-rakan yang tidak dapat mengakses laman rasmi i-Think kerana capaian server yang agak perlahan.

Sebenarnya, satu surat siaran bagi pelaksanaan Kursus i-Think Secara Luar Talian telah diedarkan kepada semua JPN pada 31 Oktober 2017 yang lalu.

Sehubungan itu, rakan-rakan boleh memuat turun aplikasi KiLT dalam versi Windows, Android dan MacOS berserta manual pengguna di halaman utama i-THINK (rasmi) ini. Manakala link alternatif bagi Modul Guru, admin kongsikan melalui Google Drive, iaitu: 


Aplikasi KiLT ini disediakan bagi memudahkan guru dan pentadbir yang menghadapi masalah mengakses Kursus i-THINK Dalam Talian (KiDT) dan mengurangkan kebergantungan kepada talian internet.
Keseluruhan kandungan modul i-THINK boleh dilancarkan terus dalam komputer peribadi, komputer riba atau telefon pintar mengikut versi yang disediakan setelah dimuat turun. Fail yang dimuat turun boleh disebarkan kepada rakan-rakan lain.

Akses internet hanya digunakan untuk daftar masuk (log-in), penghantaran data status kemajuan, pautan beberapa video dan pengaktifan voucher tamat kursus dalam ujian akhir. Jangkaan masa bagi menamatkan KILT adalah 2 hingga 4 minggu (2 - 3 jam sehari).

Rakan-rakan diingatkan untuk memasukkan alamat e-mel yang betul dalam profail di dalam akaun masing-masing bagi membolehkan sistem menghantar voucher tamat kursus.

Selamat Berkursus, semoga berjaya menamatkannya dan mendapat voucher.

Tarikh tamat KURSUS i-Think: 31 Disember 2017