Quran Tab in Word / Quran in Word

Quran in Word, merupakan sebuah perisian atau add-in untuk Microsoft Office Word yang berguna untuk memilih dan memasukkan ayat-ayat Al-Quran serta terjemahannya ke dalam tugasan word kita...

Keyboard Jawi

"Nak Mudah Taip Jawi...? Guna Nie..."

Ikhlas

Definisi dari sifat ikhlas merupakan suatu sifat yang rela berkorban demi siapa pun dan apa pun sebagai bukti rasa syukur kepada Allah swt...

Kursus i-Think Secara Offline 2017

Berikut admin kongsikan berkenaan pelaksanaan Kursus i-Think Secara Luar Talian (Offline) 2017...

Tuesday, 13 February 2018

Nak Mudah Tulis Jawi...Guna Nie


"Nak mudah taip jawi dalam laptop atau komputer...?
Guna nie..." 

Assalamualaikum wrt. wbt.

Perisian Keyboard  Jawi keluaran UKM ini mampu memudahkan kerja-kerja para asatizah dalam menaip tulisan jawi. Kebiasaannya kita menggunakan pilihan huruf Arabic untuk menaip tulisan jawi, namun masih terdapat keterbatasan apabila huruf-huruf tambahan jawi seperti huruf Pa, Nya, Ca, Ga, dan Va tidak diperolehi. Untuk itu, perisian ini dapat membantu. Rakan-rakan hanya perlu memilih Arabic-Jawi yang tertera pada regional and language, kemudian menekan butang Shift untuk menampilkan pilihan huruf-huruf jawi pada keyboard (On-Screen Keyboard).


Selain itu, admin turut sertakan beberapa font jawi tambahan bagi memperbanyakkan lagi pilihan kepada kita dalam menaip tulisan jawi. Admin sarankan rakan-rakan menggunakan font Jawi UthmanTaha, kerana font ini mendukung kebolehan meletakkan hamzah pada kedudukan 3/4 secara automatik. Semoga perkongsian ringkas ini dapat memberikan manfaat kepada kita bersama.

Klik Di Sini untuk muat turun perisian Keyboard Jawi + Font Jawi Uthman Taha